"Karpet dah lama tak basuh, malunya kalau tetamu datang..."
Servis Cuci Karpet Profesional di Kajang
Nak cuci karpet ? Biar kami AMBIL, CUCI, dan HANTAR semula karpet anda. Atau anda juga boleh hantar sendiri ke kilang cucian kami.
Jangan biarkan masalah karpet kotor menganggu anda. Biar kami AMBIL, CUCI, dan HANTAR semula karpet anda. Atau anda juga boleh hantar sendiri ke kilang cucian kami.
Nak cuci karpet ? Biar kami AMBIL, CUCI, dan HANTAR semula karpet anda. Atau anda juga boleh hantar sendiri ke kilang cucian kami.
Kajang, Bangi, Semenyih, Putrajaya, Cyberjaya dan seluruh Lembah Klang.
” Serahkan kepada kami! Kami datang ambil karpet di rumah, bersihkan di kilang cucian kami, dan hantar semula dalam keadaan bersih dan wangi. Kembalikan ketenangan dan keceriaan rumah anda dengan karpet yang bersih dan wangi hari ini! “
” Serahkan kepada kami! Kami datang ambil karpet di rumah, bersihkan di kilang cucian kami, dan hantar semula dalam keadaan bersih dan wangi. Kembalikan ketenangan dan keceriaan rumah anda dengan karpet yang bersih dan wangi hari ini! “
Langkah 1: Penyedutan Habuk (Vakum): Proses dimulakan dengan penyedutan habuk yang menyeluruh menggunakan vakum industri berkuasa tinggi. Langkah ini adalah penting untuk menghapuskan habuk, kotoran, dan zarah-zarah halus yang terperangkap di dalam serat karpet. Proses penyedutan habuk ini memastikan cucian yang berikutnya menjadi lebih efektif kerana permukaan karpet telah dibersihkan daripada bahan-bahan kasar.
Langkah 2: Cucian Menyeluruh & Pembilasan: Selepas penyedutan habuk, kami akan menggunakan mesin scrubber yang dilengkapi dengan berus putar yang lembut untuk mencuci karpet. Mesin ini bertindak seperti ribuan jari halus yang menyusup jauh ke dalam serat karpet, menggosok dan mengeluarkan kotoran yang paling degil dari dasar serat. Kami hanya menggunakan syampu karpet yang selamat dan diformulasikan khusus untuk menjaga warna dan tekstur karpet. Selepas itu, karpet akan dibilas dengan air bersih dalam kuantiti yang banyak bagi memastikan tiada sisa sabun yang tertinggal.
Langkah 3: Penyingkiran Air: Selepas pencucian dan pembilasan, karpet akan melalui proses penyingkiran air menggunakan mesin spinner karpet berteknologi Turki dengan kelajuan putaran 1200 RPM. Mesin ini mampu mengeluarkan sehingga 95% air daripada karpet, mempercepatkan proses pengeringan dan mengurangkan risiko pertumbuhan kulat serta bau yang tidak menyenangkan.
Langkah 4: Pengeringan: Karpet kemudian dijemur di dalam bangunan, jauh daripada cahaya matahari langsung bagi mengelakkan kerosakan pada warna dan tekstur. Penggunaan kipas industri memastikan aliran udara yang konsisten, mempercepatkan proses pengeringan tanpa merosakkan serat karpet. Pengeringan dalam persekitaran terkawal ini juga mengelakkan karpet tercemar daripada habuk luar.
Langkah 5: Sentuhan Akhir: Langkah terakhir ialah sentuhan akhir untuk memastikan karpet sedia digunakan. Kami sekali lagi menggunakan vakum dan lint cleaner untuk menghilangkan sisa-sisa bulu halus atau kotoran kecil yang mungkin tertinggal. Seterusnya karpet akan disembur dengan pewangi karpet yang lembut dan menyegarkan. Akhir sekali, karpet akan dibungkus dengan plastik pelindung bagi memastikan kebersihannya terpelihara sehingga sampai ke tangan anda.
Cuci karpet secara berkala memberikan banyak manfaat. Ia membantu menyingkirkan kotoran, debu, dan alergen yang tersembunyi, menjadikan udara dalam rumah lebih bersih dan segar. Proses pembersihan juga memastikan karpet bebas daripada bakteria dan hama yang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Selain itu, cuci karpet yang betul mengekalkan warna dan keindahan karpet, memanjangkan jangka hayatnya. Akhir sekali, dengan cucian yang sesuai mengikut prinsip Islam, karpet anda juga dijamin suci dan sesuai untuk digunakan dalam ibadah.
RM1.00 Per SQFT
RM2.00 Per SQFT
RM2.40 Per SQFT
RM5.00 Per SQFT
INFO: Caj cuci karpet berbeza mengikut jenis karpet kerana setiap karpet mempunyai bahan, tekstur, dan ketebalan yang berbeza, yang memerlukan teknik pembersihan, peralatan, dan produk khas yang berbeza. Sebagai contoh karpet seperti Handmade atau Machine Made Shaggy yang lebih halus atau tebal memerlukan lebih banyak masa dan tenaga untuk dibersihkan, manakala karpet yang lebih mudah seperti Tatami atau Velvet lebih cepat dan mudah dibersihkan. Selain itu, karpet tertentu seperti handmade, silk dan wool memerlukan bahan pencuci khusus buatan Jerman, yang turut menyumbang kepada perbezaan harga.
RM1.00 Per SQFT
RM2.00 Per SQFT
RM2.40 Per SQFT
RM5.00 Per SQFT
INFO: Caj cuci karpet berbeza mengikut jenis karpet kerana setiap karpet mempunyai bahan, tekstur, dan ketebalan yang berbeza, yang memerlukan teknik pembersihan, peralatan, dan produk khas yang berbeza. Sebagai contoh karpet seperti Handmade atau Machine Made Shaggy yang lebih halus atau tebal memerlukan lebih banyak masa dan tenaga untuk dibersihkan, manakala karpet yang lebih mudah seperti Tatami atau Velvet lebih cepat dan mudah dibersihkan. Selain itu, karpet tertentu seperti handmade, silk dan wool memerlukan bahan pencuci khusus buatan Jerman, yang turut menyumbang kepada perbezaan harga.
Lebar (5 ft.) x Panjang (7 ft.) = 35 sqft
35 sqft x RM 2.50 (karpet shaggy) = RM 87.50
Kami sangat yakin dengan kualiti perkhidmatan kami. Jika anda merasakan karpet anda masih kotor selepas dicuci, maklumkan kepada kami. Kami menawarkan pembersihan semula secara PERCUMA.
Proses cuci karpet biasanya mengambil masa 7-10 hari bekerja, bergantung kepada jenis karpet dan tahap kekotoran.
Proses Cuci Karpet di cucikarpetkajang.com
Pengambilan Karpet
Kami menawarkan perkhidmatan pengambilan karpet dari lokasi anda. Kawasan yang diliputi termasuk Kajang, Bangi dan kawasan lain di sekitarnya.
Pemeriksaan Awal
Sebelum mencuci, kami akan memeriksa karpet anda untuk mengenal pasti jenis material, tahap kotoran, dan sebarang kerosakan. Ini penting bagi memastikan kami menggunakan teknik yang sesuai untuk menjaga kualiti karpet anda.
Penyingkiran Debu
Karpet akan dibersihkan terlebih dahulu menggunakan industrial vacuum yang berkuasa tinggi untuk membuang habuk, kotoran, dan serpihan yang tersekat pada karpet.
Pencucian Menyeluruh
Selepas penyedutan habuk, kami akan menggunakan mesin scrubber yang dilengkapi dengan berus putar yang lembut untuk mencuci karpet. Mesin ini bertindak seperti ribuan jari halus yang menyusup jauh ke dalam serat karpet, menggosok dan mengeluarkan kotoran yang paling degil dari dasar serat. Kami hanya menggunakan syampu karpet yang selamat dan diformulasikan khusus untuk menjaga warna dan tekstur karpet.
Pembilasan dan Pengeringan
Karpet dibilas untuk menghilangkan sisa sabun dan bahan pencuci, kemudian dikeringkan menggunakan mesin spinner yang membantu mempercepatkan proses pengeringan.
Semburan Pewangi Karpet
Setelah proses cucian selesai, setiap karpet akan disembur dengan pewangi khas untuk memberikan bau yang segar dan menyenangkan.
Penghantaran Semula
Karpet yang sudah bersih dan kering akan dihantar kembali ke lokasi anda pada hari dan masa yang telah dipersetujui.
Cucikarpetkajang.com boleh mencuci pelbagai jenis karpet, termasuk karpet bulu, sutera, sintetik, dan banyak lagi. Kami menggunakan teknik yang sesuai untuk setiap jenis bahan karpet.
Ya, anda boleh menghantar sendiri karpet ke kedai cucikarpetkajang.com. Sila hubungi kami terlebih dahulu untuk membuat temu janji dan mendapatkan alamat yang tepat.
Anda boleh membuat tempahan dengan menghubungi kami melalui WhatsApp atau panggilan telefon.
Cucikarpetkajang.com menjamin kepuasan pelanggan dengan perkhidmatan cuci karpet kami. Kami memastikan setiap karpet dibersihkan dengan standard tertinggi.
Kami mempunyai kepakaran dalam menghilangkan pelbagai jenis kotoran, termasuk kotoran yang sukar. Namun, kejayaan penghapusan kesan kotoran bergantung kepada jenis dan usia noda.
Harga perkhidmatan bergantung kepada jenis karpet dan saiz. Sila hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga percuma.
Ya, kami menyediakan perkhidmatan cuci karpet di seluruh kawasan Klang Valley. Kami turut cover di kawasan Nilai.
Anda boleh menghubungi cucikarpetkajang.com melalui WhatsApp atau telefon untuk mendapatkan kemas kini status cuci karpet anda.
Cucikarpetkajang.com menawarkan perkhidmatan cuci karpet yang profesional, menggunakan kaedah canggih, dan mesra alam. Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan memastikan kepuasan pelanggan.
Lokasi Kilang Cucian: No. 11, Jalan Seksyen 1/26,
Kawasan Perindustrian Ringan Kajang Utama, Taman Kajang Utama, 43000 KAJANG, SELANGOR.
Untuk Sebarang Pertanyaan:
012-580 5271